Pengajaran menggunakan tool MangaHigh, MathPlayground, and Prodigy
Hai dan apa khabar semua?
Saya Muhaimin dari MRSM Johor Bahru. Hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya menggunakan teknologi interaktif
dalam pembelajaran & pengajaran saya. Sebenarnya, dalam dunia maya harini
ini, kita dibekalkan dengan aplikasi dan bahan interaktif yang sangat banyak.
Bukan itu sahaja, malah, sumber ini juga berjaya menarik minat pelajar dalam
pembelajaran.
Lebih menarik apabila aplikasi-aplikasi ini bukan sahaja
sekadar permainan, bahkan, ada juga yang mampu menyediakan laporan lengkap
pencapaian dan keupayaan pelajar untuk pantauan guru. Menarik, bukan?
Perkembangan teknologi hari ini lebih menggalakkan pelajar
berasa lebih bersemangat untuk belajar perkara-perkara baru yang mengelilingi
mereka. Sebagai guru matematik, subjek STEM menjadi suatu beban fokus yang
kritikal yang perlu diterapkan dengan baik kepada pelajar kami. Terdapat banyak
aplikasi yang membantu dalam pdpc matematik di luar sana, dan saya menggunakan
3 aplikasi ini untuk pdpc saya:
1. MangaHigh
2. Mathplayground
3. Prodigy Game
1. MangaHigh
2. Mathplayground
3. Prodigy Game
MangaHigh Math
MangaHigh Maths merupakan aplikasi
yang sangat bagus. Ia medium yang sangat
mudah untuk pengedaran tugasan, sesuai
dengan tahap pelajar, serta bahan tugasannya sudah siap disertakan di dalamnya
dan bersifat permainan interaktif matematik. Wow!
Dalam menggunakan aplikasi ini,
guru akan diberi satu akaun dan perlu memasukkan maklumat kelas dan
mendaftarkan pelajar mereka. Setelah akaun siap, saya membuat persiapan pengajaran
topik nombor perdana secara teori. Setelah mereka memahami dengan baik, saya
meminta mereka untuk daftar masuk akaun masing-masing.
Dalam akaun tersebut sudah tersedia pelbagai tugasan berbentuk permainan dan guru hanya perlu memilih dan edarkan tugasan permainan tersebut kepada pelajar-pelajar yang sudah daftar dalam MangaHigh.
Selepas
klik ‘assign’ dan pilih topik yang kita mahu pelajar jawab, pelajar akan
menerima tugasan tersebut apabila mendaftar masuk ke akaun masing-masing. Dan
mereka akan mula menjawab(baca: bermain) tugasan tersebut dalam tempoh yang
guru tetapkan.
Ia sememangnya seperti permainan biasa, tetapi sangat
menguji ketangkasan mereka berfikir dalam menyelesaikan permasalahan matematik.
Dengan kata lain, pelajar akan memaksa diri mereka untuk mengetahui topik yang
diajar supaya mereka dapat memenangi dan merasa puas dengan permainan tersebut,
walhal, permainan ini sebenarnya merupakan tugasan mereka.
Sambil bermain sambal siapkan tugasan,menarik bukan?
Satu perkara lagi yang menarik berkaitan bahan ini adalah,
para guru boleh mendapat laporan tugasan tersebut dengan mudah tanpa perlu
membuat analisis secara manual. Hal ini kerana, MangaHigh akan terus
menyediakan laporan Analisa untuk rujukan guru. Guru boleh terus menilai
pencapaian mereka berdasarkan tugasan permainan tersebut.
Berdasarkan rajah di atas, kita boleh lihat berapa orang
yang lulus dalam permainan(tugasan) tersebut dan berapa orang yang tidak
melepasi kefahaman yang baik tentang topik nombor perdana.
Selain info visual melalui laman web, kita sebenarnya boleh
muat turun laporan tersebut dalam bentuk dokumen ‘microsoft Excel’. Wah, ini
lebih mudah bagi guru-guru. š
MathPlayground
Aplikasi ini juga merupakan salah satu medium interaktif
bagi meningkatkan rasa minat pelajar terhadap topik yang diajar. Umumnya,
MathPlayground adalah laman web berasaskan permainan.
Sebagai guru, anda boleh memilih
topik-topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang di ajar. Serius! Terlalu
banyak.
Semasa saya menjalankan kelas ini,
saya telah mengajar konsep transformasi objek(matematik) yang mana memerlukan kemahiran
memantul dan memusingkan objek mengikut arah yang diminta soalan.
Topik ini sangat biasa dalam SPM dan IGCSE, tetapi masih ramai pelajar yang merasakan topik ini begitu sukar.
Topik ini sangat biasa dalam SPM dan IGCSE, tetapi masih ramai pelajar yang merasakan topik ini begitu sukar.
Jadi, saya telah menggunakan
sumber interaktif seperti ini bagi mengasah kemahiran mereka secara berterusan.
..
Rajah di atas adalah contoh soalan yang perlu mereka jawab
di mana ia melibatkan proses memusingkan objek(biru cerah) mengikut arah lawan
jam dengan ukuran 90 darjah. Mereka perlu mewarna imej bagi objek tersebut di
tempat yang tepat pada ruang di sebelah kanan.
Mereka sekaligus akan belajar
sendiri dan soalan tidak pernah kehabisan. Pada masa yang sama, guru tidak
perlu membuat salinan fotokopi soalan terlalu banyak sehingga melakukan pembaziran
kertas.
Mudah tak? Ini lebih menjimatkan kos dan masa!
Prodigy
Dalam era teknologi baru ini, pelbagai perkembangan teknologi
berlaku, termasuklah dalam industri E-sport iaitu permainan secara online. Anak-anak
muda lebih suka mengahabiskan masa mereka
dalam permainan elektronik seperti gajet dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga sukakan persaingan dan
perlumbaan. Jika kita lihat norma ini, barangkali ada antara kita yang
melihatnya sebagai suatu yang negatif
sebab mereka menghabiskan masa mereka bermain permainan elektronik
tersebut.
Apakata kita gunakan kecenderungan mereka ini sebagai
manfaat dalam Pendidikan mereka?Pasti menarik bukan?
Di luar sana, kebanyakan anak muda suka bermain permainan
yang bersifat ‘role play game(RPG)’ seperti PUBG, Mobile Legend, dan sebagainya.
Tanpa kita sangka-sangka, sebenarnya sudah terdapat permainan game RPG dalam
dunia Pendidikan hari ini. Bahkan, terlalu banyak.
Saya telah cuba menggunakan permainan Prodigy, di mana ia
merupakan permainan berasaskan siri perjalanan seorang hero(pelajar) dalam
mengharungi musuh mereka.
Dan mereka perlu menawan beberapa Kawasan. Dalam perjalanan
mereka, mereka akan berhadapan dengan pelbagai musuh-musuh kecil, jadi, untuk
menggunakan setiap kuasa, mereka perlu menjawab beberapa soalan matematik,
barulah mereka berupaya menyerang musuh.
..
Sebelum pelajar bermain, mereka perlu mendaftar mengikut
senarai ID pengguna dan kata laluan yang diberi oleh guru. Setelah itu, mereka
boleh mula daftar masuk dan mencipta avatar mereka sendiri. Maka, bermulalah
perjalanan mereka sebagai hero menakluk dunia.
...
Apa yang menarik juga berkaitan dengan permainan ini adalah,
guru boleh memantau tahap penguasaan topik mereka. Rajah di bawah menunjukkan
tahap penguasaan topik berdasarkan permainan prodigy tersebut.
Bukan itu sahaja, malah guru juga
berupaya memantau huraian lengkap penguasaan setiap individu(pelajar). Contoh
di bawah merupakan data tahap kemahiran pelajar bernama Aiena Amira.
Mudah
kan? Pelajar bukan sahaja bermain ‘game’ malah sebenarnya mereka sedang
dipantau juga terhadap tahap penguasaan mereka dalam matematik. Hal ini akan
mengurangkan masa guru-guru dalam membuat
analisis terhadap pelajar-pelajar mereka.
=======================================================
Alhamdulillah, begitulah ceritera kelas interaktif saya dan mendapat makluman yang sangat baik.
Saya sangat gembira jika pelajar saya seronok belajar. :-)
Saya sangat gembira jika pelajar saya seronok belajar. :-)
Feedback:
Gambar Aktiviti:
Video:




















