Hi! Saya Muhaimin Zainol,
Yang kini merupakan seorang guru Matematik di MRSM Johor Bahru,
dan berkhidmat bermula MAC 2018.
Sebelum ini saya mendapat pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) Sekolah Men. Agama Persekutuan Kajang(SMAPKj),
dan kemudian menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dalam bidang Sains Matematik(Matematik Kewangan) dan minor dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan(MBA).
Alhamdulillah, kemudian, saya mula bekerja di CTRM Aerocomposite-DRB Hicom sebagai Eksekutif Perancangan & Penghasilan yang terlibat dalam kerja-kerja merancang jadual kerja penghasilan komponen-komponen kapal terbang berdasarkan permintaan pelanggan kami seperti Airbus, Boeing, dan sebagainya.
Selepas 2 tahun, minat saya mula beralih kepada bidang pendidikan, dan kini, saya bangga menjadi sebahagian daripada warga pendidik dengan harapan supaya anak-anak murid saya dapat mengembangkan ilmu yang saya sampaikan sebagai sebahagian daripada amal jariah saya di akhirat. Insya Allah.
Akhir kata, selamat berkenalan dan doakan semoga saya tabah dan lasak dalam menghadapi karenah bidang pendidikan yang semakin mencabar hari ini. :)
Wassalam. Fighting!

0 comments: