//sliding pictures

Wednesday, November 6, 2019

0

Pengajaran menggunakan tool MangaHigh, MathPlayground, and Prodigy



Hai dan apa khabar semua?

Saya Muhaimin dari MRSM Johor Bahru. Hari ini saya akan berkongsi pengalaman saya menggunakan teknologi interaktif dalam pembelajaran & pengajaran saya. Sebenarnya, dalam dunia maya harini ini, kita dibekalkan dengan aplikasi dan bahan interaktif yang sangat banyak. Bukan itu sahaja, malah, sumber ini juga berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran.

Lebih menarik apabila aplikasi-aplikasi ini bukan sahaja sekadar permainan, bahkan, ada juga yang mampu menyediakan laporan lengkap pencapaian dan keupayaan pelajar untuk pantauan guru. Menarik, bukan?

Perkembangan teknologi hari ini lebih menggalakkan pelajar berasa lebih bersemangat untuk belajar perkara-perkara baru yang mengelilingi mereka. Sebagai guru matematik, subjek STEM menjadi suatu beban fokus yang kritikal yang perlu diterapkan dengan baik kepada pelajar kami. Terdapat banyak aplikasi yang membantu dalam pdpc matematik di luar sana, dan saya menggunakan 3 aplikasi ini untuk pdpc saya:

1. MangaHigh
2. Mathplayground
3. Prodigy Game

MangaHigh Math

MangaHigh Maths merupakan aplikasi yang sangat  bagus. Ia medium yang sangat mudah untuk pengedaran  tugasan, sesuai dengan tahap pelajar, serta bahan tugasannya sudah siap disertakan di dalamnya dan bersifat permainan interaktif matematik. Wow!

 

                                                                                                                                                         
Dalam menggunakan aplikasi ini, guru akan diberi satu akaun dan perlu memasukkan maklumat kelas dan mendaftarkan pelajar mereka. Setelah akaun siap, saya membuat persiapan pengajaran topik nombor perdana secara teori. Setelah mereka memahami dengan baik, saya meminta mereka untuk daftar masuk akaun masing-masing.


Dalam akaun tersebut sudah tersedia pelbagai tugasan berbentuk permainan dan guru hanya perlu memilih dan edarkan tugasan permainan tersebut kepada pelajar-pelajar yang sudah daftar dalam MangaHigh.

Selepas klik ‘assign’ dan pilih topik yang kita mahu pelajar jawab, pelajar akan menerima tugasan tersebut apabila mendaftar masuk ke akaun masing-masing. Dan mereka akan mula menjawab(baca: bermain) tugasan tersebut dalam tempoh yang guru tetapkan.


....

Ia sememangnya seperti permainan biasa, tetapi sangat menguji ketangkasan mereka berfikir dalam menyelesaikan permasalahan matematik. Dengan kata lain, pelajar akan memaksa diri mereka untuk mengetahui topik yang diajar supaya mereka dapat memenangi dan merasa puas dengan permainan tersebut, walhal, permainan ini sebenarnya merupakan tugasan mereka.

Sambil bermain sambal siapkan tugasan,menarik bukan?

Satu perkara lagi yang menarik berkaitan bahan ini adalah, para guru boleh mendapat laporan tugasan tersebut dengan mudah tanpa perlu membuat analisis secara manual. Hal ini kerana, MangaHigh akan terus menyediakan laporan Analisa untuk rujukan guru. Guru boleh terus menilai pencapaian mereka berdasarkan tugasan permainan tersebut.


Berdasarkan rajah di atas, kita boleh lihat berapa orang yang lulus dalam permainan(tugasan) tersebut dan berapa orang yang tidak melepasi kefahaman yang baik tentang topik nombor perdana.

Selain info visual melalui laman web, kita sebenarnya boleh muat turun laporan tersebut dalam bentuk dokumen ‘microsoft Excel’. Wah, ini lebih mudah bagi guru-guru. 😊


......



MathPlayground

Aplikasi ini juga merupakan salah satu medium interaktif bagi meningkatkan rasa minat pelajar terhadap topik yang diajar. Umumnya, MathPlayground adalah laman web berasaskan permainan.

Sebagai guru, anda boleh memilih topik-topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang di ajar. Serius! Terlalu banyak.

Semasa saya menjalankan kelas ini, saya telah mengajar konsep transformasi objek(matematik) yang mana memerlukan kemahiran memantul dan memusingkan objek mengikut arah yang diminta soalan.
Topik ini sangat biasa dalam SPM dan IGCSE, tetapi masih ramai pelajar yang merasakan topik ini begitu sukar.

Jadi, saya telah menggunakan sumber interaktif seperti ini bagi mengasah kemahiran mereka secara berterusan.
..

Rajah di atas adalah contoh soalan yang perlu mereka jawab di mana ia melibatkan proses memusingkan objek(biru cerah) mengikut arah lawan jam dengan ukuran 90 darjah. Mereka perlu mewarna imej bagi objek tersebut di tempat yang tepat pada ruang di sebelah kanan.

Mereka sekaligus akan belajar sendiri dan soalan tidak pernah kehabisan. Pada masa yang sama, guru tidak perlu membuat salinan fotokopi soalan terlalu banyak sehingga melakukan pembaziran kertas.
Mudah tak? Ini lebih menjimatkan kos dan masa!


Prodigy


Dalam era teknologi baru ini, pelbagai perkembangan teknologi berlaku, termasuklah dalam industri E-sport iaitu permainan secara online. Anak-anak muda lebih suka mengahabiskan masa mereka  dalam permainan elektronik seperti gajet dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga sukakan persaingan dan perlumbaan. Jika kita lihat norma ini, barangkali ada antara kita yang melihatnya sebagai suatu yang negatif  sebab mereka menghabiskan masa mereka bermain permainan elektronik tersebut.
Apakata kita gunakan kecenderungan mereka ini sebagai manfaat dalam Pendidikan mereka?Pasti menarik bukan?

Di luar sana, kebanyakan anak muda suka bermain permainan yang bersifat ‘role play game(RPG)’ seperti PUBG, Mobile Legend, dan sebagainya. Tanpa kita sangka-sangka, sebenarnya sudah terdapat permainan game RPG dalam dunia Pendidikan hari ini. Bahkan, terlalu banyak.

Saya telah cuba menggunakan permainan Prodigy, di mana ia merupakan permainan berasaskan siri perjalanan seorang hero(pelajar) dalam mengharungi musuh mereka. 


Dan mereka perlu menawan beberapa Kawasan. Dalam perjalanan mereka, mereka akan berhadapan dengan pelbagai musuh-musuh kecil, jadi, untuk menggunakan setiap kuasa, mereka perlu menjawab beberapa soalan matematik, barulah mereka berupaya menyerang musuh.

..

Sebelum pelajar bermain, mereka perlu mendaftar mengikut senarai ID pengguna dan kata laluan yang diberi oleh guru. Setelah itu, mereka boleh mula daftar masuk dan mencipta avatar mereka sendiri. Maka, bermulalah perjalanan mereka sebagai hero menakluk dunia.

Jika bermain dengan tangan kosong, mereka pasti kalah sebab mereka memerlukan kalkulator juga dan semakin jauh perjalanan mereka, semakin banyak soalan-soalan matematik yang mencabar untuk melawan musuh mereka.

...


Apa yang menarik juga berkaitan dengan permainan ini adalah, guru boleh memantau tahap penguasaan topik mereka. Rajah di bawah menunjukkan tahap penguasaan topik berdasarkan permainan prodigy tersebut.



Bukan itu sahaja, malah guru juga berupaya memantau huraian lengkap penguasaan setiap individu(pelajar). Contoh di bawah merupakan data tahap kemahiran pelajar bernama Aiena Amira.

Mudah kan? Pelajar bukan sahaja bermain ‘game’ malah sebenarnya mereka sedang dipantau juga terhadap tahap penguasaan mereka dalam matematik. Hal ini akan mengurangkan  masa guru-guru dalam membuat analisis terhadap pelajar-pelajar mereka.


=======================================================

Alhamdulillah, begitulah ceritera kelas interaktif saya dan mendapat makluman yang sangat baik.
Saya sangat gembira jika pelajar saya seronok belajar.  :-) 


Feedback:






Gambar Aktiviti:








Video:



0 comments:

Monday, October 14, 2019

0

Anda Berani Cuba 'GAME' Matematik?

Hai Anda Semua! :)

Suka main game yang menguji  IQ anda dalam matematik?
Mahukan cabaran untuk otak anda?

jom main 'game' matematik!

Klik sini
>>>Mathematics Games<<<





0 comments:

0

PANDUAN LENGKAP Pembelajaran Abad 21





Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad 21 telah banyak diperkatakan bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah konvensional "chalk and talk" semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan teknologi yang ada sekarang. 



Pembelajaran Abad 21 di Malaysia
Pembelajaran Abad 21

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM adalah merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)




Timeline Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di Malaysia

Kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam Pembelajaran Abad 21
1. Kemahiran maklumat dan komunikasi
2. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
3. Kemahiran interpersonal dan arah kendiri



6 Ciri Guru Abad ke-21

10 Ciri Pembelajaran Abad 21 


Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad 21, sedikit perubahan bilik darjah perlu dilakukan.




Contoh susunatur bilik darjah abad ke 21
Contoh susunatur bilik darjah abad ke 21

Susunatur kelas perlu diberi perhatian dengan fungsi yang lebih menyokong dan menggalakkan pembelajaran bersifat kolaboratif. Secara tak langsung membolehkan kemahiran komunikasi pelajar diasah ke tahap yang boleh meyerlahkan lagi kemahiran berfikir mereka.

Contoh lain susunatur kelas abad 21

Contoh RPH Pembelajaran Abad 21
Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa di dalam bilik darjah juga, beberapa Tool Kits Pembelajaran Abad 21 boleh digunakan, antaranya adalah




Contoh penggunaaan traffic light semasa sesi pdp
Contoh penggunaaan traffic light semasa sesi pdp

1. Parking Lot
2. Traffic Light
3. Hand Signal
4. Papan Ganjaran
5. Exit Ticket
6. Mini Whiteboard

... dan banyak lagi...




Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21

Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 juga adalah berteraskan kepada konsep 4C
1. Komunikasi

2. Pemikiran Kritis
Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Teknik Penyoalan Yang Baik
Ciri-ciri Soalan Item KBAT
Contoh Kata Tugas Soalan KBAT

3. Kolaborasi

4. Kreativiti


Bagi membolehkan kemahiran-kemahiran ini dipertingkatkan dalam pdp, maka beberapa strategi boleh digunapakai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.




Gallery Walk merupakan strategi Pembelajaran Abad 21 yang paling popular

Selain itu anda boleh rujuk juga link di bawah bagi melihat lebih banyak lagi strategi-strategi yang menggalakkan Pembelajaran Abad 21

1. 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21
2. Gallery Walk sebagai strategi Pembelajaran Abad 21
3. 3 Stray 1 Stay sebagai Strategi Pembelajaran Abad 21
4. Roundtable sebagai Strategi Pembelajaran Abad 21


Boleh juga rujuk playlist video Youtube di bawah untuk lebih 10 Strategi P&P Abad 21.






Penggunaan teknologi ICT juga tidak dapat dinafikan dapat memberi kelebihan yang banyak kepada Pembelajaran Abad 21. Sesuai dengan Anjakan ke-7 dalam PPPM, iaitu memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, maka teknologi seperti berikut juga boleh digunakan.

1. Flipped Classroom

2. Kahoot!
3. Google Form


Cabaran Pembelajaran Abad 21 adalah dalam menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, cabaran utama juga adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pdp yang efektis dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.
Kredit: Cikgu hailmi

0 comments:

0

Kenapa Perlu Pendidikan Secara inkuiri? Dr Ihsan Ismail Ada Jawapannya

Baru-baru ini saya terbaca suatu artikel yang sangat menarik tentang Inkuiri dalam Pendidikan STEM. Ditulis oleh Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail yang berkaitan dengan keperluan pendidikan secara inkuiri di laman Facebook, Pendidikan STEM di Malaysia. Maka saya kongsikan semula penulisan beliau supaya boleh dijadikan rujukan dan juga bacaan pembuka minda kepada rakan guru lain tentang pentingnya inkuiri dalam pendidikan. Jom kita hayati bersama!


Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail
Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail



KEPERLUAN PENDIDIKAN SECARA INKUIRI


1. Untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum, mereka perlu diberi peluang untuk merasai pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyeronokkan ini pastinya akan menyemarakkan perasaan ingin tahu (curiosity) murid, membuatkan mereka suka belajar (love of learning), percaya dengan kebolehan diri sendiri, dahagakan ilmu pengetahuan dan menjadikan mereka bersemangat tinggi untuk maju.
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Inkuiri menyediakan ruang untuk murid mencari ilmu dan berkreativiti
 

2. Salah satu cara untuk memberikan pengalaman ini kepada murid adalah melalui pendidikan STEM yang dilaksanakan secara hands-on. Pendidikan STEM memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara analitikal, kritis, kreatif dan inovatif dengan mengintegrasi dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks dunia sebenar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Pendidikan STEM adalah berasaskan inkuiri, berfokuskan proses dan berpusatkan murid.
 
3. KPM melalui Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk meningkatkan kualiti pendidikan STEM di Malaysia. Pendidikan STEM didefinisikan sebagai pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Bimbingan guru semasa proses inkuiri membantu murid untuk belajar dengan lebih baik
 
Matlamat pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid berliterasi STEM yang kreatif, inovatif, inventif dan berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Murid ini tidak terhad kepada murid aliran STEM sahaja tetapi merangkumi semua murid dari peringkat awal kanak-kanak hingga lepasan menengah.
 
4. Penekanan kepada pendidikan STEM adalah sangat penting kerana inovasi dan pemesatan pengetahuan berteraskan internet mudah alih (mobile internet), data raya (big data) dan Internet of Things (IoT) telah mengubah landskap sosioekonomi global secara menyeluruh. Pada masa ini dan lebih-lebih lagi pada masa hadapan, dunia memerlukan generasi berbakat baharu yang berkeupayaan menyesuaikan diri dalam cabaran besar pada masa hadapan. Modal insan yang sedemikian merupakan faktor yang kritikal bagi memastikan kejayaan sesebuah negara dalam era revolusi industri keempat ini.
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Guru juga perlu sentiasa meningkatkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang seiring zaman
 
5. Walau bagaimanapun, saban tahun kita menyaksikan murid di Malaysia semakin kurang berminat dengan mata pelajaran sains dan matematik yang merupakan tunjang kepada bidang STEM. Pada tahun ini hanya 44 peratus murid memasuki aliran STEM dengan hanya 22 peratus daripadanya dalam aliran sains tulen. Oleh itu, usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan ini supaya negara mampu menyediakan modal insan yang bersesuaian dengan keperluan dalam era revolusi industri keempat ini.
 
6. Sehubungan dengan itu, bagi menangani isu kemerosotan minat murid dalam bidang STEM, KPM menerusi Pusat STEM Negara, BPPDP, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Pelan Tindakan STEM KPM yang lebih tersusun dan menyeluruh serta menghubungkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan demi memastikan matlamat pendidikan STEM negara akan tercapai. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Murid dibimbing untuk berkreativiti dengan pendekatan inkuiri
 
 
Usaha ini juga bagi memastikan tahap penguasaan STEM dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan, seterusnya menyediakan tenaga kerja dalam bidang STEM yang mencukupi sejajar dengan keperluan negara pada masa hadapan. Pelan Tindakan STEM KPM ini menyokong objektif Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM seperti termaktub dalam PPPM (2013 – 2025) iaitu untuk meningkatkan minat murid, kemahiran guru dan kesedaran orang awam.
 
7. Antara usaha untuk meningkatkan kemahiran guru adalah menerusi program Inquiry Based Science Education (IBSE) dan Inquiry Based Mathematics Education (IBME) yang bertujuan membantu guru melaksanakan PdP secara inkuiri. Pembelajaran secara inkuiri merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk memastikan murid betul-betul faham apa yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal apa yang dipelajari dan seterusnya meluahkannya semula dalam peperiksaan. 
 
 
Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri? Dr Ihsan Ada Jawapannya
Inkuiri juga membimbing murid dengan kemahiran menyelesaikan masalah
 
Melalui pembelajaran secara inkuiri, murid digalakkan untuk bertanya soalan dan mencari jawapan dengan cara menjalankan penyiasatan, eksperimen dan aktiviti hands-on. Pembelajaran secara inkuiri adalah bertepatan dengan kata-kata Confucius, seorang ahli falsafah China, "I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand". Begitu juga kata-kata daripada John Holt, seorang pendidik dari Amerika iaitu “Learning is not the product of teaching. Learning is the product of the activity of learners”.
 
 
 Dr. Ihsan Ismail
 Ketua Unit Pusat STEM Negara


Menyaksikan pendidikan STEM di Malaysia sejak dari tahun 2015, saya secara peribadi juga mengucapkan terima kasih dan jutaan tahniah kepada pasukan Pusat STEM Negara, yang dipimpin oleh Dr Ihsan Ismail. Sememangnya pasukan yang bertungkus lumus bekerja menjalankan tugas menyebarluaskan lagi pendekatan STEM kepada warga pendidikan di Malaysia. Terbaik!

Untuk Pusat STEM Negara, Selamat maju jaya!Kredit: cikgu Halimi

0 comments: